Merujuk kepada Wikipedia, perkataan botani (bot·a·ny) bermaksud kajian mengenai tumbuhan. Sebagai cabang biologi, botani kadang-kadang merujuk kepada sains tumbuhan atau biologi tumbuhan. Ia merangkumi kajian disiplin saintifik yang luas mengenai struktur, pertumbuhan, metabolisma, fungsi, ekologi dan sebagainya mengenai tumbuhan.

Logo Taman BotaniTaman Botani Putrajaya terletak di Presint 1, Putrajaya. Ia adalah salah satu taman yang terawal dibuka kepada orang ramai daripada keseluruhan 13 taman yang terdapat di Putrajaya. Taman Botani Putrajaya merangkuni kawasan seluas 230 ekar di mana setakat ini hanya 63 ekar fasa pertama telah dibuka kepada orang ramai semenjak 31 Ogos 2001. Taman Botani Putrajaya telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada 4 Februari 2003 dan ia mempunyai 3 fasa mengikut konsep masing-masing;

  • Fasa 1: Berkonsepkan ecotorial flora atau tanaman berbunga untuk lanskap
  • Fasa 2: Berkonsepkan ethnobotani ataupun tanaman yang berasaskan ilmu yang berguna kepada manusia dan alam seperti tanaman herba, tanaman evolusi dan tanaman air
  • Fasa 3: Berkonsepkan nature & concervation iaitu tanaman berasaskan penyelidikan dan pengekalan bagi tumbuhan liar yang hampir pupus.

Waktu lawatan

  • Taman dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 7 petang
  • Pusat Interpretif Pelawat dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Kemasukan

  • Masuk ke taman adalah percuma.
  • Bayaran masuk ke Pusat Interpretif Pelawat adalah RM3.
  • Bayaran masuk ke Astaka Senibina Islam ialah RM3 dan RM5 untuk kamera.

Tempat letak kenderaan

  • Tempat letak kereta dan bas awam disediakan dengan bayaran masuk RM1